Isnin, 29 Disember 2014

Mana?

Cinta,
Mana kau pergi?
Kembalilah wahai cinta
Pulangkan apa yang telah kau curi

Cinta,
Mana kau menghilang?
Pulanglah sayang
Aku rindu pada semua yang ada pada kamu

Kalau kau nampak cinta di mana mana
Tolong pesan pada dia
Hati aku kecil
Bahagian untuk dia, yang paling besar

Jadi tolong pesan pada dia
Kalau tidak mahu lagi pada hati itu
Hati yang kusam itu

beritahu dia
Pulangkan pada aku
Agar aku kembali punya hati
Hati yang dicuri

Pulanglah cinta
Pulanglah dengan hati
Hati yang telah kau curi
Hati yang merindu

Tiada ulasan :