Waktu tu, aku betul betul rasa nak give up. Aku dah penat tunggu dia, yang kejap ada, selalu tak ada. Aku simpan conversation kami di archive, supaya aku tak perlu rasa sedih melihat nama dia setiap kali aku scroll WhatsApp aku. Tapi aku tak berani buang, sebab walau apa pun aku masih sayang. Hati aku tekad, walau apa pun jadi, aku tetap nak give up. Aku dah penat, aku kecewa. Aku rasa mcm bertahun aku kejar dia, tapi tak ada buah apa apa. Sungguh, aku tak kuat. Aku lemah, berapa kali aku nangis fikir benda ni.
Dan tadi, kerana habis kelas awal
Aku tidur.
Tidur kerana penat menyiapkan assignment malam tadi.
Bila aku bangun, aku dikejutkan dengan notifications dari WhatsApp yang banyak gila. Tak, bukan dari dia. Dia bukan jenis yang mcm tu. Tapi dari kawan kawan yang satu grup dengan aku, tika aku pertama kali bertemu dia.
Dan mereka, bercerita pasal aku. Kisah cinta aku, dan bagaimana aku mula mula jatuh sayang pada dia. Aku baca semuanya tika aku bangun, aku ketawa, dan aku nyaris menangis.
Kerana aku teringat, saat saat aku jatuh pada dia. Dan aku mula tersedar, kenapa perlu letak harapan tinggi pada dia? Kau suka dia kerana dia, atau kerana expectations yang kau harapkan dari dia? Bukankah kau tahu jarak akan memisahkan kau dan dia, bukankah kau kata kau sanggup tunggu, sanggup bersabar demi dia? Harus, kenapa sekarang kau harus marah marah pula? Sabar sayang. Good things happen to those who wait.
Terus aku cari nama dia,
Dan aku kata "hey"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan