Isnin, 29 Disember 2014

Hati

Hati-hati dengan hati
Jangan beri pada yang tak sudi
Nanti dia bawa pergi
Kelak kau yang sendiri

Hati-hati dengan hati
Jangan kau bermain hati
Mungkin kau gembira hari ini
Tapi esok lusa, anda pasti?

Hati-hati dengan hati
Lagi-lagi,
hati yang dibawa pergi
Satu soalan ingin diberi
Hati, bila mahu kembali?
Bukankah dia sudah tak sudi?








Pulanglah wahai hati.

Tiada ulasan :