Isnin, 13 April 2015

Raja

Dia ibarat sang raja
Megah duduknya di takhta
Asal tinggalnya di istana
Disayangi, dikagumi semua

Dan aku, cuma si marhaen semata
Yang hidup sekadar biasa biasa
Sekadar mengkagumi sang raja
Yang terlalu jauh dari mata


Ya
kami tinggal di dua dunia yang berbeza
Jadi mana mungkin kami dapat bersua?






Biarlah aku terus bermimpi
Kalau realiti terlalu menyakiti



































Tiada ulasan :