Selasa, 21 April 2015

Analogi : Anjing yang menyalak

Pernah kau lihat tika kau bersiar siar di kota raya, seekor anjing yang galak menyalak, tapi bila dicampak makanan, terus anjing itu diam seribu bahasa?

Ya, anjing itu, yang hanya tahu menyalak tika kelaparan. Tapi bila kekenyangan, jadi si bacul yang tiada makna.

Kadang kadang, aku rasa kau juga begitu.

Kau menyalak, kata tidak puas hati pada kerajaan.
"Kenapa pelajar luar negara dapat wang saku berkoyan koyan sehingga mampu berfoya foya sedang kami di sini ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang?"

Mari sini aku ingin cerita. Dahulu di sekolah, aku belajar separuh mati, kerana aku mahu belajar di obersi. Walau pun result spm tidaklah A lurus, tuhan bagi peluang. Tuhan buka peluang. Di pendek kan cerita yang tak berapa panjang, aku dapat peluang. Belajar ke luar negara.

Tapi tuhan duga, subjek susah separuh mati, sudahlah bukan dalam bahasa ibunda. Separuh mati belajar lagi, hanya untuk kekalkan pointer. Jika tak lepas, habislah aku. Tiada yang mahu membayar. Lagi lagi bila aku bukan sang kaya yg punya semua. Usaha harus ada, supaya ibu ayah bangga.

Alhamdulillah, lepas sudah foundation dengan pointer yg okay. Masuk alam degree, lagi tinggi dugaan. Harus lepas ujian bahasa inggeris, kalau tidak selamat tinggal luar negara. Subjek yang harus dipelajari usah kau bilang, sudah lah berat, mahal, dalam bahasa inggeris lagi.

Harus fikir juga, mana wang untuk ke luar negara? Duit yang diterima sudah pasti tidak cukup. Sekali lagi aku ingin tekankan, aku bukan sang kaya yang ada semua. Aku harus usaha. Lalu aku bekerja sambilan. Buat itu buat ini. Syukur tuhan pinjam kan nikmat, reti sikit sikit menulis dan berkomputer. Cukuplah sekadar simpanan buat di sana nnti.

Jadi usah kau menyalak konon konon kami membazir duit rakyat, kalau kau sendiri tak punya usaha. Sibuk dengan relationship goals sana sini, usung anak dara orang seolah olah dialah bini, tapi diri tak reti ukur baju di badan sendiri. Duit ptptn yang kau dapat, kau guna untuk apa? Sekadar pergi kafe hipster hari hari, atau buat beli hadiah kekasih hati, belajar entah lah, ke lautan dia pergi.

Mari aku beritahu satu rahsia, kalau kau berjaya, kau tak perlu bayar ptptn itu. Tapi aku, setelah graduasi, hutang keliling pinggang. Mana aku mahu lari?

Sudah sudah lah menyalak, tapi bila dihulurkan wang, diam seribu bahasa. Bila poket sudah kering, akaun bank sudah kosong, dialah perwira mahasiswa tempatan, menegakkan keadilan buat semua. Sedangkan dia hanya menyalak, salakan yang tak punya erti.

Mari sini aku beritahu, hey manusia, anjing yang selalu menyalak tu, orang tak suka tau! Aku tak kata kau anjing, tapi siapa makan cili, dialah yang rasa pedasnya bukan?

Sekian dari aku, mohon doakan perjalanan aku. Dan moga kau berkati hidupmu wahai sang pembaca.

Salam sayang,
Zarifah Ismail

Tiada ulasan :