Isnin, 29 Jun 2015

Aozora

Pada aku, hubungan dengan  manusia terbahagi pada tiga. Satu,  connections. Dua, enemies. Tiga, manusia manusia tak signifikan. Dan buat dua pertiga hidup aku, aku habiskan begitu. Dunia cuma kelabu, dengan sedikit putih dan banyaknya hitam. Hari hari dihabiskan menjaga hati dan diri, agar tidak terluka atau terleka. Aku, kau boleh kira seorang pemerhati. Aku melihat, memandang. Tapi cukup sekadar itu. Aku tak akan ambil tindakan. Kerna pada aku, itu satu pembaziran. Cukup sekadar aku tahu, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Dari segi pelajaran juga aku cuma biasa biasa. Cukup lah kalau ibu ayah gembira, dan aku bisa aman dari segala kejian dan makian keluarga.







But everything changed that day. 









Dia, yang membawa warna biru dalam hidup aku. Sebiru langit. Langit yang cantik dan indah. Dia, yang mampu buat aku celaru dan terharu dalam satu masa. Dia, yang buat aku sedar, biru itu wujud di balik hitam putih hidup aku. Dia,  yang mencuri hati aku. 

Tapi sepertimana dongengan lainnya, kisah aku dan dia terhenti tiba tiba. Tidak ada klimaks mahupun penutup, cuma berakhir begitu. Tiba tiba, tanpa sebarang kata. Namun aku tak pernah sesalkan kisah ini. Tidak, walau hakikatnya hati ini mungkin sudah patah, remuk berkali kali. Tidak aku sesali berbicara dengannya, atau jatuh cinta padanya. 

Kerana mengenali dia, buat aku kenal warna biru. Biru langit yang indah. Dan langit, mengingatkan aku pada dia. Indah, memberi seribu satu rasa dalam hati. Tapi mustahil untuk dicapai atau dimiliki. Sekarang, kami sudah jadi manusia manusia tak signifikan, sudah tidak ada lagi perhubungan. Tapi walau di mana pun aku, biru langit itu lah yang akan aku cari, tatap dan teliti. 

Mungkin aku sudah gila. Tapi tak apalah, mungkin aku antara perempuan perempuan yang patah hatinya. Dan buat si biru langit itu, walau di mana kau berada, moga kau tak apa apa.






Ano aozora ga suki. Totemo suki.

Tiada ulasan :