Isnin, 29 Jun 2015

Aozora

Pada aku, hubungan dengan  manusia terbahagi pada tiga. Satu,  connections. Dua, enemies. Tiga, manusia manusia tak signifikan. Dan buat dua pertiga hidup aku, aku habiskan begitu. Dunia cuma kelabu, dengan sedikit putih dan banyaknya hitam. Hari hari dihabiskan menjaga hati dan diri, agar tidak terluka atau terleka. Aku, kau boleh kira seorang pemerhati. Aku melihat, memandang. Tapi cukup sekadar itu. Aku tak akan ambil tindakan. Kerna pada aku, itu satu pembaziran. Cukup sekadar aku tahu, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Dari segi pelajaran juga aku cuma biasa biasa. Cukup lah kalau ibu ayah gembira, dan aku bisa aman dari segala kejian dan makian keluarga.







But everything changed that day. 









Dia, yang membawa warna biru dalam hidup aku. Sebiru langit. Langit yang cantik dan indah. Dia, yang mampu buat aku celaru dan terharu dalam satu masa. Dia, yang buat aku sedar, biru itu wujud di balik hitam putih hidup aku. Dia,  yang mencuri hati aku. 

Tapi sepertimana dongengan lainnya, kisah aku dan dia terhenti tiba tiba. Tidak ada klimaks mahupun penutup, cuma berakhir begitu. Tiba tiba, tanpa sebarang kata. Namun aku tak pernah sesalkan kisah ini. Tidak, walau hakikatnya hati ini mungkin sudah patah, remuk berkali kali. Tidak aku sesali berbicara dengannya, atau jatuh cinta padanya. 

Kerana mengenali dia, buat aku kenal warna biru. Biru langit yang indah. Dan langit, mengingatkan aku pada dia. Indah, memberi seribu satu rasa dalam hati. Tapi mustahil untuk dicapai atau dimiliki. Sekarang, kami sudah jadi manusia manusia tak signifikan, sudah tidak ada lagi perhubungan. Tapi walau di mana pun aku, biru langit itu lah yang akan aku cari, tatap dan teliti. 

Mungkin aku sudah gila. Tapi tak apalah, mungkin aku antara perempuan perempuan yang patah hatinya. Dan buat si biru langit itu, walau di mana kau berada, moga kau tak apa apa.






Ano aozora ga suki. Totemo suki.

Rabu, 24 Jun 2015

Selamat malam

Dosa dosa semalam mana mungkin boleh dibasuh dengan kebaikan pada hari ini. Ia satu pengabdian hidup, untuk menghapuskan dosa dosa lalu, juga untuk jadi yang lebih baik.

Cuma aku harap, esok matahari akan menyinar lagi, agar sang burung mampu menyanyi riang, buat penyeri pagimu sayang. 

Sekarang, aku harap kau diuliti mimpi indah. Cinta, hentikan tangisan rindu mu itu, kerna esok kita akan bertemu lagi, bukan dalam maya mahupun mimpi, kali ini ia benar suatu realiti.

Buat masa ini, tidurlah kekasih hati. Moga malam ini nyaman buat kamu yang sedang lena, moga esok kau bisa bangun dengan bahagia. Tidurlah pujangga hati, kau sudah sedar terlalu lama. Kini, izinkan aku jadikan mimpimu satu realiti 

Ahad, 7 Jun 2015

LIFE : DEATH

I guess, my only regret is that I prioritize my final examinations first, rather than visiting him for the last time. And the last time I saw him was probably last year's eid. Sad indeed, what I've become. My priorities are all mixed up right now isn't it. Family should come first above all, but I've decided to study, which I guess I didn't do much pun to be honest. God, forgive me for what I've done. I'm sorry everyone. I'm fucked up. But I'll try to be better, slowly. God, guide me.