Sabtu, 22 November 2014

Short story

This is a story of a boy and a girl
Separated by time and distance
Busy life, hectic schedules

Can’t really be sure
Whether it was the time
The excruciating distance 
The littlest of things
Or just fate being cruel
A gap, a big black hole
Formed between them
Here comes an unfortunate boy
Thinking he could fill in the gaping hole
And heal the girl’s broken heart
little did he knew
She loved him 
A little bit too much
A little bit too deep
Till its impossible for her
To leave the boy she loved the most

Isnin, 17 November 2014

Kalau boleh

Kalau boleh,
Aku nak sangat jumpa dia
Aku nak tengok senyuman dia
Aku nak dengar gelak tawa dia

Kalau boleh,
Aku nak sangat jumpa dia
Sekejap pun tak apa
Aku tak kisah, aku tak tamak

Kalau boleh,
Aku nak sangat jumpa dia
Habiskan satu hari dengan dia
Cuma aku, dengan dia

Kalau boleh,
Aku nak sangat jumpa dia
Lepastu kita boleh jalan jalan
Tengok haiwan haiwan dekat zoo melaka
Naik buggy ride dekat taman botanikal
Makan takoyaki, ayam goreng dekat padang DP
Tengok sunset sambil minum coconut shake dekat pantai klebang
Atau kita boleh lepak lepak je dekat mana mana
Cerita semua benda tentang kita

Kalau boleh,
Aku nak sangat jumpa dia
Tapi aku cuma biasa biasa pada mata dia
Entah siapa siapa di hati dia

Kalau boleh,
Aku nak sangat jumpa dia
Aku nak cakap pada dia
Aku rindu pada dia
Pada suara dia
Pada kata kata dia

Tapi aku tahu, aku sedar
Aku cuma lalang dalam padang hatinya
Lalang yang tak punya penting apa apa

Maka biarkan aku tulis rindu ini di angin lalu
Membelai rambutnya, memberi ketenangan padanya



Dan aku,
Akan terus menjadi perindu
Perindu yang setia pada yang dirindui

Khamis, 13 November 2014

Hujan

Hujan
Bawa pergi hati ini
Hati yang sudah mati
Mati dibawa pergi

Hujan
Bawa lari kenangan itu
Suka duka, gelak nangis
Kisah aku dan dia

Hujan
Lindungi air mata ini
Lindungi gundah di hati
Lindungi ribut dalam diri

Hujan
Beri aku kekuatan
Kerna kau juga ciptaan tuhan
Turun membasahi bumi yang gersang

Hujan
Bantu aku
Sungguh, aku tak mampu
Sungguh, aku rindu

Hujan
Aku ingin tidur
Moga tidur kali ini
Buat selamanya

Ahad, 9 November 2014

3 anak dara

Ibu selalu kata,
Ibu mahukan anak lelaki.

Katanya,

"Anak lelaki ini, jaganya senang!"

Tapi kasihan ibu.
Ibu cuma ada tiga anak dara.

Ibu selalu kata
"Nak jaga kau orang ini, lagi senang jaga kera kera di hutan sana!"

Ayah pula,
Sambil matanya sibuk melihat lembu lembu di ladang,
"Lagi senang jaga lembu sekandang daripada jaga anak dara seorang"




Dan aku,
Aku yang hanya aku yang naif,
Seringkali memikirkan kata kata mereka.

Ibu dan ayah punya banyak pantang larang buat kami.

"Hukum tuhan, jangan dipersenda. Aurat, solat jangan dibuat permainan. Mungkin sekarang kau gelak tawa gembira. Tapi mampukah kau gelak bila berhadapan dengan tuhan?"

"Keluar itu, baliknya usah malam malam. Anak dara tak elok kena angin malam"

"Baju itu labuhkan. Tutup yang di bawah itu. Tudung itu, besarkan. Tutup yang di atas itu. Itu kan maruah kita"

"Perempuan, manisnya pada tuturnya. Cakapnya perlahan, lembut. Bahasanya indah, halwa telinga."

"Perempuan itu, harusnya ada rasa malu. Malu itu, baju paling mahal bagi seorang anak dara"

"Keluar dengan lelaki, jangan lama lama. Bawa jumpa ibu, bawa jumpa ayah. Kalau berdua, jangan ke tempat yang sunyi. Nanti ada yang ketiga"

"Kawan, pilih yang boleh membimbing. Bukan yang menghasut"

"Kalau tidak ada keperluan, anak dara itu, eloknya duduk di rumah."

Dan beribu, malah mungkin berjuta yang pernah diungkapkan ibu dan ayah sepanjang aku bernafas.

Dan aku,
Aku akui,
Kadang kadang,
Ah, selalu !
Aku abaikan pesan mereka.
Aku pertikaikan nasihat mereka.


"Ah! Ibu dan ayah hidupnya di zaman lama. Sudah kolot. Aku hidup kan di zaman moden. Mana mungkin harus ikut semua pantang larang ibu"







Berdosanya aku!




Namun kini,
Aku sedar.

Ibu dan ayah punya pantang larang sebegitu,

kerana ibu dan ayah kasih pada kami.
Kerana ibu dan ayah tak mahu kami jadi anak dara yang sia sia.
Kerana kami, tanggungjawab ibu dan ayah.
Kerana ayah dan ibu, akan ditanya selepas mati atas segala perbuatan kami.





Dan kini,
Walaupun bukan semua,
Aku cuba,
Ikut semula pesan dan pantang larang ibu dan ayah,
Selangkah demi selangkah


Dan kini,
Walaupun sepatutnya dari dulu
Aku cuba,
Sayang semula ibu dan ayah
Sebagaimana aku pada masa kecik kecik dulu.



Aku takut,
Kerna ibu dan ayah sudah tua.
Sudah sakit sakit badan.
Mana tahu,
Sebelum sempat aku berbakti,
Tuhan akan panggil mereka dulu
Kerana mungkin,
Mereka akan lagi bahagia di sisi tuhan dari berada di samping kami





Nasihat aku untuk kau orang,
Pesan ibu ayah,
Jangan diabai.
Arahan tuhan,
Jangan dipersenda.

Mungkin,
Kau akan rasa rimas

Tapi bukankah dunia ini penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang... Ah! Malas aku mau sebut!

Nanti ada pula mulut mulut yang mengata,
Terasa dengan kata kataku,
Lantas berkata ayat ini ditujukan kepada mereka,
Kerana mau berkata aku ini baik dan mereka itu jahat.

Terus, kau fikirlah sendiri maksudnya.
Aku percaya, kau akan faham sendiri.


Harapan aku,
Kalau kau orang lihat aku semakin hanyut,
Semakin galak dengan dunia yang mengaburkan,

Tegurlah aku, nasihati aku.
Marah lah aku.

Tak mengapa,
Aku tidak akan terkam dan gigit kau orang.

Kerana di bumi tuhan,
Tempat yang jauh dari ibu dan ayah,
Aku perlukan orang seperti kau orang
Agar aku tak lari dari jalan yang sepatutnya

Sekian dari aku,
Terima kasih kerana membaca.
Sebelum aku akhiri,
Maaf kalau ada yang terasa,
Yang mengata aku sengaja tujukan pada mereka,

Ini cuma luahan hati,
Yang aku hanya tuju pada diri aku sendiri,
Haih, sensitifnya manusia zaman ini


-Zarifah Ismail, 9.11.2014